Cara Mencegah Kencing Manis

sebelum ni Erine ada share a few entry tentang Petua Tradisional Kencing Manis kan, so kali ini nak share pula cara-caramencegah Kencing Manis atau Diabetes. Sedia maklum bahawa penyakit kencing manis ini merupakan antara penyakit yang mempunyai rekod tertinggi di asia tau. Sebelum tu, jom kita tengok golongan yang berisiki tinggi untuk menghidap penyakit ini.

  Terdapat beberapa golongan yang berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit diabetes atau kencing manis ini.

Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-
  • Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
  • Mereka yang berat badan agak tinggi
  • Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
  • Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.
  • Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.

sekiranya anda tergolomg dalam kategori-kategori seperti di atas, please take control of your life,  tak semestinya bila kita mempunyai semua kategori di atas, kita kena berserah tunggu penyakit tu datang. NO! BUKAN! sebab diabetes ni masih boleh dicegah. Jadi, cegahlah selagi boleh.

Cara Mencegah Kencing Manis

  • Perubahan cara hidup
Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance – IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose – IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan permakanan yang betul.
Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu: –
  • Pemakanan
Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.
  • Senaman
Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% – 60%.
  • Penjagaan Berat Badan
Telah dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.
  • Pemeriksaan Diri Sendiri
Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan.  Selain dari itu, pemeriksaan oleh doctor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.
  • Pemeriksaan oleh Doktor Secara Tahunan atau secara berkala
Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% – 85%.
  • Pengambilan SUPPLEMENt
Selain dari penjagaan makanan dan cara hidup, kita juga boleh mengamalkan supplement VIVIX supaya setiap sel dalam badan sentiasa berada dalam keadaan tiptop.

Fungsi Vivix untuk Kencing Manis

Vivix adalah botanikal supplemen yang tinggi anti oksida sebabnya vivix kaya resveratrol. Resveratrol ni tumbuhan polyphenol yang memang kaya anti oksida. Menurut kajian resveratrol menurunkan rintangan terhadap insulin.

Testimonial seorang pengidap kencing manis menyatakan bacaan darah yang bertahun-tahun sukar nak turun walaupun dengan pengambilan ubat kencing manis, berjaya turun ke paras normal selepas amalkan sebotol vivix. Malah ada yang hampir nak dipotong kaki tapi tak jadi sebab masih boleh diselamatkan selepas amalkan sebotol vivix.

okay sampai sini sahaja dulu ye, kalau anda nak dapatkan senarai supplement lengkap wajib untuk melawan Kencing Manis dan diabetes. Click sahaja link-link di bawah ini untuk berhubung dengan saya 🙂
Cara Daftar Ahli Shaklee Online

Cara Daftar Ahli Shaklee Online 2017


Pengedar Shaklee Petaling Jaya

❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣
Shaklee Independent Distributor Erine Zulkefli( 1238657)


FB : Nurshazreen Zulkefli


Phone : 017 9108687


Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia


COD Shaklee Area PJ : Seksyen 14, Petaling Jaya, TTDI, Old Town PJ. Ara Damansara


❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣

Petua Traditional Merawat Kencing Manis

Diabetes merupakan salah satu gangguan gaya hidup yang berkembang pesat yang boleh diuruskan dengan berkesan dengan beberapa modifikasi gaya hidup dan pemakanan diet yang sihat. Tak kira apa sebenarnya tahap diabetes yang anda alami, seharus kita ingat bahawa Diabetes sentiasa boleh dicegah dan dikawal melalui cara hidup yang betul dan pemakanan yang seimbang. Maka berbincanglah dengan doktor anda tentang kebaikan dan keburukan dan apa yang baik untuk anda. 

 

Walaupun terdapat banyak pilihan rawatan yang tersedia untuk mengekalkan dan mengawal tahap gula darah anda, rawatan daripada petua tradisional juga dapat berfungsi dengan baik mengikut individu dalam mencapai tugasan ini.

 

BIJIAN FENUGREEk / Halba

Biji Fenugreek adalah serat larut tinggi, yang membantu menurunkan gula darah dengan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat. Ini menunjukkan mereka mungkin berkesan dalam merawat pesakit kencing manis. Ia juga dapat melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah radang, menguatkan jantung dan mengurangkan berat badan.

Peria Katak

Buah ini mengandungi sekurang-kurangnya tiga zat aktif dengan sifat anti-diabetes, termasuk charantin yang telah disahkan mempunyai kesanmenurunkan glukosa darah, vicine dan sebatian insulin yang dikenali sebagai polipeptida-p.

Kaya dgn zat besi, menambah tenaga, memperbaiki penglihatan mata, meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan, merawat darah bertoksin

Ia juga mengandungi lektin yang mengurangkan konsentrasi glukosa darah dengan bertindak pada tisu periferal dan menekan selera makan. Lektin ini dianggap sebagai faktor utama di sebalik kesan hipoglikemik yang berkembang selepas mengambil peria katak.

BAWANG PUTIH

Allium sativum lebih dikenali sebagai bawang putih, dan dianggap menawarkan sifat antioksidan dan kesan peredaran mikro. Walaupun beberapa kajian secara langsung mengaitkan allium dengan tahap glukosa insulin dan darah, hasilnya positif.

Allium boleh menyebabkan pengurangan glukosa darah, meningkatkan rembesan dan melambatkan kemerosotan insulin. Walau bagaimanapun data tersedia, dan ujian lanjut diperlukan.

BENDI

Dalam satu kajian, diterbitkan pada 2011 dalam Journal of Pharmacy & BioAllied Sciences, para penyelidik di India mendapati bahawa tikus dengan kencing manis yang diberi kacang bendi mengalami pengurangan kadar glukosa darah mereka, sementara yang lain menunjukkan penurunan secara beransur-ansur dalam glukosa darah dengan pengambilan ekstrak kacang bendi selama sepuluh hari.

Kacang Bendi mendapat reputasi sebagai ‘superfood’ yang terhadap orang yang mempunyai atau berisiko diabetes atau kanser. Nama saintifiknya adalah Abelmoschus esculentus. Ia diketahui mempunyai kesan positif terhadap kawalan gula darah, dan banyak manfaat kesihatan lain. Bukti kacang bendi yang mempunyai ciri-ciri anti-diabetes telah meningkat sejak kebelakangan ini, dengan banyak kajian Vitro (makmal) dan kajian Vivo (haiwan) yang mengesahkan kacang bendi sebagai makanan berkhasiat bagi glukosa darah atau anti-diabetes yang kuat.

 

KAYU MANIS

Penyelidikan telah mencadangkan agar kayu manis dapat membantu meningkatkan tahap glukosa darah dan meningkatkan kepekaan insulin. Hasil daripada kajian klinikal yang diterbitkan dalam jurnal Diabetes Care pada tahun 2003 menunjukkan bahawa kulit kayu manis mengurangkan kadar glukosa darah dan kolesterol pada orang dengan diabetes jenis 2, dan boleh mengurangkan faktor risiko yang berkaitan dengan penyakit kencing manis dan kardiovaskular.

TEH HIJAU

Tidak seperti daun teh lain, daun teh hijau mempunyai kandungan polifenol tinggi. Polyphenol adalah antioksidan yang kuat dan sebatian hypo-glycemic yang membantu mengawal pelepasan gula darah dan membantu badan menggunakan insulin dengan lebih baik.

Selain dari makanan dan petua traditionak yang boleh kita dapati di atas, anda juga boleh berikhtiar dengan mengamalkan supplement VIVIX. kerana ia mengandungi polyphenol dan merupakan antioksidan yang sangat tinggi dan mampu merawat dan mencegah penyakit kronik

[CAMNE VIVIX BOLEH BANTU PESAKIT DIABETES ?]

Dalam Vivix ni ada ramuan yang kaya dengan RESVERATROL & POLIFENOL. Meh tengok fungsi nya.

MEMPERLAHANKAN ATAU MENGURANGKAN SINDROM RESISTANSI INSULIN (“METABOLIC SYNDROME”)

Vivix ni antioksidan yang bagus untuk bantu lindungi dan baiki sel yang rosak. Jadi, pengambilan secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular( jantung) dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.

MENGAWAL KEPEKATAN GULA DALAM DARAH

Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan MELAMBATKAN PENCERNAAN dan PENYERAPAN karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.

MENGELAKKAN KEROSAKAN MATA MENGGALAKKAN PENYEMBUHAN LUKA DENGAN SEGERA.

Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.

MENCEGAH PEMBENTUKAN PROTEIN AGE

Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil dari PROTEIN dan GULA berlebihan dalam badan. Mende plak protein age ni? Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan pembentukan protein AGE ini.

Kesimpulannya, sentiasalah berbincang dengan doctor anda tentang sebarang rawatan dan ubat alternatif dengan doktor anda supaya pengambilan sebarang makanan alternatif dan supplement tidak mengganggu rawatan yang sedang anda jalani dan menyebabkan masalah lain pula yang wujud.

Cara Daftar Ahli Shaklee Online

Cara Daftar Ahli Shaklee Online 2017


Pengedar Shaklee Petaling Jaya

❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣
Shaklee Independent Distributor Erine Zulkefli( 1238657)


FB : Nurshazreen Zulkefli


Phone : 017 9108687


Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia


COD Shaklee Area PJ : Seksyen 14, Petaling Jaya, TTDI, Old Town PJ. Ara Damansara


❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣

Tanda-Tanda Diabetes Peringkat Awal

TAHUKAH ANDA?

Mengikut statistik, penyakit kencing manis atau diabetes di Malaysia adalah antara tertinggi di seluruh Asia Tenggara?

Manakala, sejumlah 3.6 juta rakyat Malaysia atau 15% daripada rakyat Malaysia merupakan penghidap kencing manis atau diabetes, iaitu bersamaan 1 dari 5 orang rakyat negara ini merupakan penghidap kencing manis atau diabetes.

Lihat pada carta ni, bagi individu berumur 30 tahun ke atas, jumlah pesakit diabetes meningkat sebanyak 40% dalam tempoh 10 tahun di negara ini.

Kajian baru menunjukkan 25% daripada orang-orang dengan diabetes jenis 2 tidak tahu mereka mempunyai diabetes. Jika anda mengalami simptom awal atau gejala-gejala halus, jumpa doktor untuk kepastian.

10 TANDA AWAL ANDA MUNGKIN ADA DIABETES

1. ANDA MENGAMBIL LEBIH WAKTU REHAT

Apabila anda mempunyai gula dalam darah yang tinggi, badan akan mencairkan darah anda dan mengeluarkan glukosa yang lebih melalui air kencing. Ia menyebabkan anda kerap kencing pada waktu malam dan menjejaskan waktu tidur anda. Anda perlu ambil perhatian tentang keadaan ini.

2. ANDA LEBIH DAHAGA DARIPADA BIASA

Kerap membuang air kecil akan membuat anda berasa kering. Simptom atau gejala yang biasa dilihat dengan pesakit adalah bahawa mereka sering mengambil minuman seperti jus, soda, atau coklat susu untuk menghilangkan dahaga mereka. Minuman ini tinggi gula dan kemudian akan menyebabkan aliran darah tersumbat dengan gula yang berlebihan.

3. ANDA TELAH KEHILANGAN BERAT BADAN  

Berat badan yang berlebihan merupakan faktor risiko untuk kencing manis, Namun begitu, kehilangan berat badan juga merupakan tanda-tanda anda mendapat diabetes atau penyakit kencing manis. Anda kehilangan kalori dalam air kencing dan anda tidak menyerap semua kalori daripada gula dalam darah anda. Apabila mereka yang mempunyai diabetes mula belajar untuk mengawal gula dalam darah mereka, mereka mungkin mengalami kehilangan berat badan tetapi ia bermakna tahap gula dalam darah anda adalah lebih seimbang.

4. ANDA SERING KELAPARAN

Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa jika pesakit kencing manis atau diabetes tiba-tiba berasa sangat lapar. Apabila anda mempunyai gula darah yang tinggi, badan anda mempunyai masalah mengawal glukosa itu. Fungsi badan yang tidak seimbang menyebabkan keadaan ini dan anda perlu untuk mendapatkan kepastian segera dengan doktor anda.

5. ANDA BOSAN SEPANJANG MASA 

Sudah tentu berpunca dari keletihan yang dialami tetapi keletihan itu merupakan satu gejala penting untuk memberi perhatian kepada makanan yang anda makan untuk tenaga tidak dipecahkan dan digunakan oleh sel-sel dengan sepatutnya. Anda tidak mendapat bahan api yang diperlukan oleh badan anda dengan secukupnya. Anda akan menjadi letih dan berasa lembap.

6. ANDA MURAM DAN CEPAT MARAH

Gula darah yang tinggi boleh menyebabkan gejala-gejala kemurungan seperti ini. Anda berasa sangat letih, anda tidak mahu berbuat apa-apa dan hanya mahu tidur. Pesakit berfikir bahawa mereka perlu dirawat untuk penyakit kemurungan, tetapi kemudian mengalami penyakit kencing manis.

7. PENGLIHATAN ANDA KELIHATAN KABUR

Pada peringkat awal diabetes, kanta mata tidak dapat memberi tumpuan dengan baik kerana glukosa terbina dalam mata. Anda tidak akan buta dari diabetes. Pada kira-kira enam hingga lapan minggu selepas gula darah anda stabil, anda tidak akan mengalami masalah ini.

8. LUKA  SEMBUH DENGAN LEBIH PERLAHAN

Sistem imun dan proses yang membantu tubuh untuk sembuh tidak berfungsi dengan baik apabila tahap gula anda adalah tinggi.

9. KEBAS TANGAN DAN KAKI

Tahap gula yang tinggi boleh menyebabkan komplikasi sebelum anda menyedari bahawa anda mempunyai diabetes. Salah satu daripadanya adalah kerosakan saraf ringan, yang boleh menyebabkan kebas di kaki dan tangan anda.

10. JANGKITAN SALUR KENCING DAN JANGKITAN YIS

Tahap gula yang lebih tinggi dalam air kencing dan faraj boleh menjadi tempat pembiakan bakteria dan ragi yang menyebabkan jangkitan ini. Jangkitan berulang amat merbahaya dan anda perlu mendapatkan rawatan segera.

SAYA MEMPUNYAI BEBERAPA GEJALA DIABETES. APA PERLU DILAKUKAN SEKARANG?

Jika anda mempunyai simtom dan gejala diabetes, anda perlu berjumpa doktor. Ia tidak bermakna anda menghidap diabetes, tetapi untuk mendapatkan diagnosis awal, rawatan dan kawalan yang baik kerana ia adalah penting untuk kesihatan dan mengurangkan risiko komplikasi yang serius.

rujukan : https://www.hk3.com.my/ms/gejala-kencing-manis/

[Camne VIVIX boleh bantu pesakit diabetes ?]

Dalam Vivix ni ada ramuan yang kaya dengan RESVERATROL & POLIFENOL. Meh tengok fungsi nya.

Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”)

Vivix ni antioksidan yang bagus untuk bantu lindungi dan baiki sel yang rosak. Jadi, pengambilan secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular( jantung) dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.

Mengawal kepekatan gula dalam darah

Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan MELAMBATKAN PENCERNAAN dan PENYERAPAN karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.

Mengelakkan kerosakan mata menggalakkan penyembuhan luka dengan segera.

Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.

Mencegah pembentukan protein AGE

Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil dari PROTEIN dan GULA berlebihan dalam badan. Mende plak protein age ni? Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan pembentukan protein AGE ini.

Cara Daftar Ahli Shaklee Online

Cara Daftar Ahli Shaklee Online 2017


Pengedar Shaklee Petaling Jaya

❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣
Shaklee Independent Distributor Erine Zulkefli( 1238657)


FB : Nurshazreen Zulkefli


Phone : 017 9108687


Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia


COD Shaklee Area PJ : Seksyen 14, Petaling Jaya, TTDI, Old Town PJ. Ara Damansara


❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣