Resepi Peria Katak Ubat Kencing Manis

PERIA KATAK.

Peh sebut Peria mesti yang pernah makan terbayangkan kepahitan ulam sayur yang terkenal dengan kebaikan dan 1001 khasiat dalam merawat kencing manis secara semula jadi. Tapi, tak ramai pula yang sanggup nak makan mentah buat ulam kan. Tapi Bak kata Pak Hamid Gurkha,

Selalu untuk kurangkan rasa pahit peria Erine akan potong nipis-nipis senipis-nipisnya dan rendam dalam air garam dalam 20-30 minit untuk larutkan kepahitannya tu. Tapi jangan lah sampai naik masin jadi jeruk Peria tu you all rendam tau.

Okay, memandangkan hari ini hari Sabtu, mesti ramai yang tengah planning nak masak apa kan. So, apa kata hari ini you all masak peria plak. Tak susah pun awak. Nah! Erine bagi resepi mudah masakan peria yang korang boleh buat arini. Kalau you all ada resepi purba yang nak share, komenlah kat bawah nanti ye!!

RESEPI PERIA KATAK

1. Peria Katak Goreng Telur – Rasanya yang ni menjadi feveret ramai orang. Masak peria goreng bersama telur. Caranya Goreng dan tumis aje

 

2. Peria Goreng Rangup – Yang ni pun resepi paling mudah dibuat kan, Cuma celup dengan tepung sahaja. Boleh juga tambah rempah kari, serbuk kayu manis dan jintan manis jintan putih sekali. Goreng bagi rangup. Boleh ratah je ni.

3. Peria Katak Masak Sambal – Masak sambal ni sedap amat. Korang boleh try peria katak masak sambal campur dengan ikan bilis rangup ataupun udang. Serius best!

4. Peria Telur Asin Berlada – Resepi ni saya temui di di blog Kak Ita Masam Manis. Nampak sedap! Resepinya lebih kurang sama dengan resepi peria katak goreng telur tu tadi, Cuma gantikan aje telur biasa tu dengan telur masin. Boleh la cuba lepas ni kan.

5. Peria Katak Masak Lemak Udang– Resepi berkuah yang sungguh enak. Masak lemak mesti korang dah terer buat kan. Apakata lepas ni cuba tambah masukkan sekali peria katak dalam masakan masak lemak. Mesti lagi sedap dan berkhasiat. Kalau korang nak resepi lengkap dan lagi power, sila-sila lah melawat blog resepi kat blog Kak Azie dan Kak Ita Masam Manis. Erine laki bini pun selalu rujuk resepi mudah kat situ. hihi.

 

okaylah, itu sahaja yang Erine nak share hari ni. Sebab today Sabtu kan, so kita sharing santai-santai je. Esok tunggu entry lagi satu Erine akan post, yang pasti berkaitan dengan pos ini dan rahsia terpendam khasiat Peria Katak.. Tunguuuuuu~

 

 

 

Cara Daftar Ahli Shaklee Online

Cara Daftar Ahli Shaklee Online 2017


Pengedar Shaklee Petaling Jaya

❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣
Shaklee Independent Distributor Erine Zulkefli( 1238657)


FB : Nurshazreen Zulkefli


Phone : 017 9108687


Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia


COD Shaklee Area PJ : Seksyen 14, Petaling Jaya, TTDI, Old Town PJ. Ara Damansara


❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣

Leave a Reply