Petua Menghilangkan Jerawat

YA ALLAH JERAWAT KEMBALI LAGI!!

Siapa yang tak pernah ada jerawat memang tak normal lah. hehe

Tapi ada jerawat yang terlampau aktif sampai mengganggu keyakinan diri pun tak normal juga kan. Sebelum ni Erine pernah share jenis-jenis jerawat dan tips peribadi Erine tentang cara nak hilangkan jerawat.

Kali ni pula Erine nak share petua petua hilangkan jerawat atau tak kasi jerawat naik langsung kat wajah. Yang best nya pula petua-petua ni sangatlah murah dan paling senang nak dapatkan bahan dia.

Petua Menghilangkan Jerawat.

  • Limau dan kunyit

Limau dan kunyit diyakini dapat mengurangkan jangkitan dan keradangan pada kulit. Cara membuat ramuan ini adalah dengan menumbuk kunyit hingga halus. Kemudian campurkan  perahan limau dan sapukan ramuan tadi ke wajah dan biarkan selama 10-15 minit. Selepas itu bilas dengan air sejuk sehingga wajah bersih kembali.

  • Baking Soda

Salah satu cara menghilangkan jerawat batu secara semula jadi dengan cepat adalah dengan menggunakan baking soda. Cara membuat ramuan semula jadi ialah dengan mencampurkan setengah sudu teh baking soda dengan air dan garam laut. Campuran itu akan membentuk pes yang nantinya akan anda sapukan pada wajah yang terkena jerawat. Biarkan selama 10 minit lalu bilas dengan air sejuk.

  • Kentang

Kulit kentang diyakini boleh memecah jerawat batu pada wajah. Gunakan kulit ini untuk menghilangkan jerawat batu secara semulajadi dan cepat.

  • Putih telur dan madu

Minyak berlebihan pada wajah akan mengakibatkan kekotoran pada wajah. Ramuan ini dapat membantu pengeluaran minyak pada wajah agar tidak berlebihan. Cara membuat ramuannya adalah dengan mencampurkan satu sudu teh putih telur dan satu sudu makan madu kemudian sapukan pada wajah.

BAHAN-BAHAN ALAMI LAIN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK HILANGKAN JERAWAT

 

Minyak Zaiton

Minyak zaitun bukan sahaja berkhasiat untuk kesihatan malah bagus untuk menghilangkan kesan jerawat. Sapukan minyak zaitun terutamanya pada bahagian wajah yang berparut jerawat. Selain mengurangkan parut jerawat, penggunaan yang konsisten juga boleh menjadikan wajah awet muda dan berseri.

Putih Telur

Sediakan sebiji telur ayam kampung, kemudian pisahkan antara kuning dan putihnya. Campurkan putih telur dan pukul hingga mengembang. Kemudian oleskan pada kulit wajah terutamanya yang bernoda hitam disebabkan oleh parut jerawat. Biarkan hingga kering, kemudian bilas dengan air.

Lidah Buaya

Lidah buaya dipercayai memiliki banyak khasiat semula jadi terutamanya untuk menghilangkan parut di wajah. Kajian saintifik membuktikan bahawa lidah buaya mempunyai bahan yang dapat mempercepatkan proses pembentukan sel kulit baharu. Untuk menggunakannya, anda perlu potong daun lidah buaya dan sapukan lendir bahagian dalam lidah buaya ke parut jerawat. Biarkan lendir itu kering sendiri dan meresap ke dalam kulit. Selepas itu, anda boleh mencuci wajah dengan air suam sehingga bersih.

Masker Beras

Beras juga tidak ketinggalan menawarkan banyak khasiat untuk kecantikan kulit. Untuk membuat masker beras, ambil segenggam beras yang belum dicuci dan tumbuk hingga halus. Rendamkan ia semalaman dengan segelas air. Keesokan harinya, buang air jernih yang terdapat di bahagian atas. Gunakan mendapan pekat putih pada lapisan bawah. Campurkan bahan tadi bersama satu sudu kecil madu. Sapukan ke wajah terutamanya pada bahagian yang berparut. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas dengan air suam. Amalkan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Asam Jawa

Asam jawa yang sering digunakan dalam pelbagai menu masakan juga boleh membantu menjaga kulit wajah dan mengurangkan kesan jerawat. Caranya mudah sahaja. Ambil sedikit asam jawa dan bancuh dengan air masak. Pastikan bancuhan itu tidak terlalu cair. Kemudian sapukan ramuan tadi pada kulit yang berparut kira-kira 20-30 minit. Biarkan ia kering dan bilas dengan air bersih. Walau bagaimanapun petua ini kurang sesuai diamalkan bagi anda yang miliki kulit kering.

Jus Timun

Timun sangat bagus sebagai penyegar semula jadi untuk kulit, selain memperbaiki tekstur kulit, menyembuhkan, melembapkan wajah dan membuatkan kulit wajah kelihatan awet muda. Kandungan airnya boleh menyegarkan kulit wajah, malah cara pemakaiannya juga mudah. Anda hanya perlu hiris timun segar dan tepekkan pada wajah yang berparut. Biarkan selama 20-30 minit kemudian cuci wajah anda dengan air sejuk. Amalkan setiap hari agar kesan parut itu hilang.

 

haaa bahan memang sangat senang nak dapatkan?

Tetapi siapa perasan, yang penyediaan untuk buat masker atau enyediakan petua menghilangkan jerawat ni adakalanya renyah. Jadi, Erine nak ambil kesempatan ini untuk memperkenalkan Skincare terbaru dari Shaklee iaitu YOUTH SKINCARE. YOUTH SKINCARE ini menjadi pengganti kepada Nutriwhite dan Enfuselle. Korang boleh baca entry pengenalan YOUTH SKINCARE ni dengan click pada link.

Cara Daftar Ahli Shaklee Online

Cara Daftar Ahli Shaklee Online 2017


Pengedar Shaklee Petaling Jaya

❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣
Shaklee Independent Distributor Erine Zulkefli( 1238657)


FB : Nurshazreen Zulkefli


Phone : 017 9108687


Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia


COD Shaklee Area PJ : Seksyen 14, Petaling Jaya, TTDI, Old Town PJ. Ara Damansara


❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣

Leave a Reply