Jenis Jerawat Dan Tips Hilangkan Jerawat

Wow looking back at my old photos. And compared with my latest one. One thing for sure yang tak berubah adalah jerawat di dagu.

Gambar diambil 2 tahun lepas.

Cuma yang membezakannya sekarang dulu tak kenal lagi Shaklee, so whenever jerawat menyerang, parut jerawat alan kekal selama-lamanya. Sekarang habis jerawat, cepat aje parut hilang. Hihi.

Tahu tak, mengikut kajian dermatologi, terdapat 50 jenis jerawat yang dikenal pasti. Jadi jom kenal jenis-jenis jerawat yang menjadi ketakutan setiap manusia ni.

JENIS JERAWAT

1. Jerawat biasa.

Jerawat biasa ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

blackhead pada hidung

Blackhead (bintik hitam) – Berbeza dengan bintik putih, bintik hitam ini terjadi kerana liang atas telah terbuka dan pigmen kulit telah teroksida dengan oksigen. Ianya belum dijangkiti kuman namun elakkan dari menggunakan scrub muka kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan.

whitehead pada muka
Whitehead (bintik putih) – Bintik putih ini berlaku kerana sebum telah memenuhi liang kulit muka dan menyebabkannya tersumbat dan kulit telah mati. Liang telah tertutup diatas dan memerlukan rawatan intensif.
Papules – Liang kulit muka dan sekitar telah dijangkiti kuman dan berlaku radang.

pustular-psoriasis
Pustules – Peringkat yang lebih kronik dari papules. Liang kulit muka juga telah diserang kuman dalam tempoh yang lama menyebabkannya radang mengeluarkan nanah dari liang kulit muka.

2. Jerawat Serius Atau Acne Vulgaris

nodule atau jerawat batu

Nodul -Lebih dikenali sebagai jerawat batu dalam masyarakat kita. Jerawat ini sakit bila disentuh. Kelihatan berbonjol dan bersaiz lebih besar dari jerawat biasa. Lazimnya, akan meninggalkan parut dimuka dan berulang-ulang di kawasan yang sama.

sista atau cyst

Sista – Sista atau cyst ini terjadi akibat kombinasi jerawat-jerawat nodul yang bercantum antara satu sama lain sehingga membentuk sista yang besar. Jangan sesekali memicit jerawat ini kerana ianya akan menjadikannya lebih merebak dan meninggalkan parut yang tak diingini.

3. Jerawat Kronik Atau Acne Rosacea

apa itu rosacea

– Masalah kulit muka ini sering disalahtafsir sebagai sejenis jerawat. Sebenarnya ia bukan jerawat dan sudah tentu rawatannya juga berbeza. Acne Rosacea ini wujud sebagai bonjolan bernanah berwarna merah dan tak mempunyai bintik hitam. Seolah-olah sama dgn acne vulgaris. Jika dibiarkan tanpa rawatan, anda berisiko menghadapi bengkak hidung. Disarankan untuk anda berjumpa pakar kulit untuk masalah ini. Lazimnya menyerang wanita berumur 30 tahun dan ke atas.

4. Jerawat Kronik Lain (Severe Acne)

Acne Conblongata

acne-vulgaris

– Tahap yang paling teruk bagi Acne Vulgaris. Biasanya menyerang lelaki. Meninggalkan kesan parut kekal dan menyerang kawasan muka, dada, belakang badan, atas tangan, punggung dan peha. Lazimnya menyerang belia berusia 10 tahun ke 30 tahun.

Pyoderma Faciale (Rosacea Fulminans)

rosacea-fulminans

– Hanya dihadapi oleh wanita berusia dalam lingkungan usia 20 ke 40 tahun. Simptom yang dihadapi adalah seperti jerawat batu (nodules) besar yang sakit, luka-luka. Menyerang secara mendadak dan berpotensi menyerang mereka yang tak pernah menghadapi masalah jerawat. Ianya akan berlarutan untuk beberapa tempoh tertentu dan akhirnya akan sembuh.

Kalau nak tahu, elok lepas amalkan Vitamin C, dan ESP, kulot wajah Erine memang jarang naik jerawat. Cuma ada time-time dia nak jugaklah naik. Especially time pregnant, nak period and bila Erine start kekurangan air or tak minum air yang cukup. Lepas tu, jerawat yang naik bukan calang-calang jerawat okay. Yang naik tu, jenis jerawat batu kat dagu, sekali naik bertubi-tubi plak tu. Sabau jela..

Untuk hilangkan jerawat ni plak, Erine belasah aje mana-mana tips yang terlintas dan pernah dengar.

TIPS HILANG JERAWAT

FYI, ini cuma tips peribadi Erine ajalah, bila jerawat datang.

  1. JANGAN SESEKALI GATAL TANGAN nak sentuh jerawat tu ye. Terutama jerawat yang baru. Sesetengah orang tangan jenis gatal asyik sangat nak kopek jerawat walaupun jerawat belum matang. PAntang Erine adalah jangan usik. Biar aje, bila sampai masa, baru picit nanah yang timbul kalau ada. macam kes Erine, jerawat akan naik bila white head taknak keluar, bila dh bernanah dan masak jerawat, baru picit. Sekali tu aja picit, dan jangan sentuh balik. Once white head dah keluar dengan nanah, esok tu elok dah la.
  2. KERAP cuci jerawat dengan pencuci muka anti acne. kalau Erine, Erine akan suggest ST.IVES punya scrub bagi mereka yang ada masalah teruk. ataupun dapatkan skincare yang ada kandungan salysilic Acid 2%.
  3. TEKAP DENGAN AIS. kekadang bila jerawat ni naik, kulit akan menjadi radang dan panas, so merah-merah atau bengkak tu memang akan ada. What to do is, tekap je dengan ais supaya dia sejuk sikit dan hilang merahnya. Nak lagi best, boleh buat ais tomato dan tekap kat seluruh wajah.
  4. Pakai masker VITAMIN C/ E atau PROTEIN. or you guys actually boleh detox dengan Masker ALFAFA tau. untuk pengetahuan anda, masker-masker ni boleh buat dengan VITAMIN Shaklee aje, xperlu spend ratus-ratus untuk serum Vitamin C lah apa lah. Kalau korang ada SET RADIANT shaklee tu je pun dah cukup nak hilangkan jerawat.
  5. PERGI BUAT FACIAL. ini paling tak renyah sebenarnya, tetapi memerlukan kaching $$$. heheh lebih mudah untuk kita tadahkan muka kepada yang pakar sebenarnya. sebab diaorang ada teknik dan equipment yang betul untuk buang jerawat, whitehead blackhead semua tu tanpa mengakibatkan radang yang akhirnya boleh melukakan kulit dan sebabkan lebih banyak jerawat naik.

okay so far, ini sahaja tips perkongsian peribadi Erine untuk hilangkan jerawat. Tapi sebenarnya banyak lagi cara yang best. bukan sahaja hilangkan jerawat. Tapi tak naik terus tau. Kalau korang nak tau petua-petua ni, nnt Erine Share next Entry. and kalau korang ada nak share tips hilang jerawat korang. share aje kat ruangan komen ni. Mana tau Erine boleh guna juga.

Selain itu, korang juga boleh dapatkan Set Radiant atau set kecantikan Shaklee dari Erine juga. Paling best, nanti Erine akan share macam mana nak buat masker Vitamin E/ C dan serum tu semua. Tapi kena beli dululah tau..

Cara Daftar Ahli Shaklee Online

Cara Daftar Ahli Shaklee Online 2017


Pengedar Shaklee Petaling Jaya

❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣
Shaklee Independent Distributor Erine Zulkefli( 1238657)


FB : Nurshazreen Zulkefli


Phone : 017 9108687


Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia


COD Shaklee Area PJ : Seksyen 14, Petaling Jaya, TTDI, Old Town PJ. Ara Damansara


❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣

Leave a Reply