PROMO : Daftar Ahli Shaklee 2017

Assalammualaikum. Entry kali ini Erine nak bagitahu PROMO menarik untuk bulan November 2017 ini.

Semuanya berkaitan dengan Program Daftar Ahli Shaklee dengan lebih benefit dan juga lebih penjimatan. haa nak tau tengok gamba ni okay.

Daftar Ahli Shaklee

Daftar Ahli Shaklee Online

Ini promo untuk orang baru yang nak jadi ahli Shaklee,  melalui promo ini, kita galakkan anda untuk join sebagai ahli Shaklee berdaftar dengan membeli 2 botol Vivix! Dengan pembelian dua botol VIVIX, anda akan mendapat diskaun sebanyak 5%! Bukan itu sahaja, dahla jimat sebanyak 5%. Tapi, pembelian anda secara automatik boleh dapat harga Ahli dan tawaran menjadi ahli secara percuma!! Jadi lepas ni dah tak payah beli product Shaklee dengan harga retail. wee! Best ke best?

Eh, belum habis lagi. dahla dapat jadi ahli percuma tanpa perlu bayar RM80.00. Dapat pulak tu penghantaran secara percuma berjumplah RM10.00. Dah jadi ahli kan, mestilah anda juga layak untuk dapat CASH REBAT setiap bulan dengan setiap pembelian anda! ya Allah tak sudah sudah benefit kalau anda pengguna tegar Shaklee dan beli 2 botol VIVIX!

Okay apa kata Erine Recap kelebihan yang anda akan dapat bila beli VIVIX 2 BOTOL bulan ini ye.

  1. Diskaun sebanyak 5% (RM40.28)
  2. Keahlian percuma (RM RM68.90)
  3.  Personal Bonus / Cash Rebat (RM 36.10)
  4. Free Postage (RM10.00)

TOTAL PENJIMATAN SEBANYAK RM155!!

Sebenarnya cara untuk daftar ahli dengan pembelian Shaklee ni dah lama ada, cuma kadang-kadang ramai yang lupa. Sebab masih ramai customer Erine yang masih buat pembelian dengan harga retail. Rugi sangat kalau tak kejar benefits jadi ahli Shaklee ni tau.

Jadi apa tunggu lagi?

Details Erine semua ada di bawah ini. Tinggal angkat phone aje dan semua penjimatan dan benefit menjadi ahli Shaklee adalah milik andaa! YAY!

Petua Menghilangkan Jerawat

YA ALLAH JERAWAT KEMBALI LAGI!!

Siapa yang tak pernah ada jerawat memang tak normal lah. hehe

Tapi ada jerawat yang terlampau aktif sampai mengganggu keyakinan diri pun tak normal juga kan. Sebelum ni Erine pernah share jenis-jenis jerawat dan tips peribadi Erine tentang cara nak hilangkan jerawat.

Kali ni pula Erine nak share petua petua hilangkan jerawat atau tak kasi jerawat naik langsung kat wajah. Yang best nya pula petua-petua ni sangatlah murah dan paling senang nak dapatkan bahan dia.

Petua Menghilangkan Jerawat.

  • Limau dan kunyit

Limau dan kunyit diyakini dapat mengurangkan jangkitan dan keradangan pada kulit. Cara membuat ramuan ini adalah dengan menumbuk kunyit hingga halus. Kemudian campurkan  perahan limau dan sapukan ramuan tadi ke wajah dan biarkan selama 10-15 minit. Selepas itu bilas dengan air sejuk sehingga wajah bersih kembali.

  • Baking Soda

Salah satu cara menghilangkan jerawat batu secara semula jadi dengan cepat adalah dengan menggunakan baking soda. Cara membuat ramuan semula jadi ialah dengan mencampurkan setengah sudu teh baking soda dengan air dan garam laut. Campuran itu akan membentuk pes yang nantinya akan anda sapukan pada wajah yang terkena jerawat. Biarkan selama 10 minit lalu bilas dengan air sejuk.

  • Kentang

Kulit kentang diyakini boleh memecah jerawat batu pada wajah. Gunakan kulit ini untuk menghilangkan jerawat batu secara semulajadi dan cepat.

  • Putih telur dan madu

Minyak berlebihan pada wajah akan mengakibatkan kekotoran pada wajah. Ramuan ini dapat membantu pengeluaran minyak pada wajah agar tidak berlebihan. Cara membuat ramuannya adalah dengan mencampurkan satu sudu teh putih telur dan satu sudu makan madu kemudian sapukan pada wajah.

BAHAN-BAHAN ALAMI LAIN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK HILANGKAN JERAWAT

 

Minyak Zaiton

Minyak zaitun bukan sahaja berkhasiat untuk kesihatan malah bagus untuk menghilangkan kesan jerawat. Sapukan minyak zaitun terutamanya pada bahagian wajah yang berparut jerawat. Selain mengurangkan parut jerawat, penggunaan yang konsisten juga boleh menjadikan wajah awet muda dan berseri.

Putih Telur

Sediakan sebiji telur ayam kampung, kemudian pisahkan antara kuning dan putihnya. Campurkan putih telur dan pukul hingga mengembang. Kemudian oleskan pada kulit wajah terutamanya yang bernoda hitam disebabkan oleh parut jerawat. Biarkan hingga kering, kemudian bilas dengan air.

Lidah Buaya

Lidah buaya dipercayai memiliki banyak khasiat semula jadi terutamanya untuk menghilangkan parut di wajah. Kajian saintifik membuktikan bahawa lidah buaya mempunyai bahan yang dapat mempercepatkan proses pembentukan sel kulit baharu. Untuk menggunakannya, anda perlu potong daun lidah buaya dan sapukan lendir bahagian dalam lidah buaya ke parut jerawat. Biarkan lendir itu kering sendiri dan meresap ke dalam kulit. Selepas itu, anda boleh mencuci wajah dengan air suam sehingga bersih.

Masker Beras

Beras juga tidak ketinggalan menawarkan banyak khasiat untuk kecantikan kulit. Untuk membuat masker beras, ambil segenggam beras yang belum dicuci dan tumbuk hingga halus. Rendamkan ia semalaman dengan segelas air. Keesokan harinya, buang air jernih yang terdapat di bahagian atas. Gunakan mendapan pekat putih pada lapisan bawah. Campurkan bahan tadi bersama satu sudu kecil madu. Sapukan ke wajah terutamanya pada bahagian yang berparut. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas dengan air suam. Amalkan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Asam Jawa

Asam jawa yang sering digunakan dalam pelbagai menu masakan juga boleh membantu menjaga kulit wajah dan mengurangkan kesan jerawat. Caranya mudah sahaja. Ambil sedikit asam jawa dan bancuh dengan air masak. Pastikan bancuhan itu tidak terlalu cair. Kemudian sapukan ramuan tadi pada kulit yang berparut kira-kira 20-30 minit. Biarkan ia kering dan bilas dengan air bersih. Walau bagaimanapun petua ini kurang sesuai diamalkan bagi anda yang miliki kulit kering.

Jus Timun

Timun sangat bagus sebagai penyegar semula jadi untuk kulit, selain memperbaiki tekstur kulit, menyembuhkan, melembapkan wajah dan membuatkan kulit wajah kelihatan awet muda. Kandungan airnya boleh menyegarkan kulit wajah, malah cara pemakaiannya juga mudah. Anda hanya perlu hiris timun segar dan tepekkan pada wajah yang berparut. Biarkan selama 20-30 minit kemudian cuci wajah anda dengan air sejuk. Amalkan setiap hari agar kesan parut itu hilang.

 

haaa bahan memang sangat senang nak dapatkan?

Tetapi siapa perasan, yang penyediaan untuk buat masker atau enyediakan petua menghilangkan jerawat ni adakalanya renyah. Jadi, Erine nak ambil kesempatan ini untuk memperkenalkan Skincare terbaru dari Shaklee iaitu YOUTH SKINCARE. YOUTH SKINCARE ini menjadi pengganti kepada Nutriwhite dan Enfuselle. Korang boleh baca entry pengenalan YOUTH SKINCARE ni dengan click pada link.

Jenis Jerawat Dan Tips Hilangkan Jerawat

Wow looking back at my old photos. And compared with my latest one. One thing for sure yang tak berubah adalah jerawat di dagu.

Gambar diambil 2 tahun lepas.

Cuma yang membezakannya sekarang dulu tak kenal lagi Shaklee, so whenever jerawat menyerang, parut jerawat alan kekal selama-lamanya. Sekarang habis jerawat, cepat aje parut hilang. Hihi.

Tahu tak, mengikut kajian dermatologi, terdapat 50 jenis jerawat yang dikenal pasti. Jadi jom kenal jenis-jenis jerawat yang menjadi ketakutan setiap manusia ni.

JENIS JERAWAT

1. Jerawat biasa.

Jerawat biasa ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

blackhead pada hidung

Blackhead (bintik hitam) – Berbeza dengan bintik putih, bintik hitam ini terjadi kerana liang atas telah terbuka dan pigmen kulit telah teroksida dengan oksigen. Ianya belum dijangkiti kuman namun elakkan dari menggunakan scrub muka kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan.

whitehead pada muka
Whitehead (bintik putih) – Bintik putih ini berlaku kerana sebum telah memenuhi liang kulit muka dan menyebabkannya tersumbat dan kulit telah mati. Liang telah tertutup diatas dan memerlukan rawatan intensif.
Papules – Liang kulit muka dan sekitar telah dijangkiti kuman dan berlaku radang.

pustular-psoriasis
Pustules – Peringkat yang lebih kronik dari papules. Liang kulit muka juga telah diserang kuman dalam tempoh yang lama menyebabkannya radang mengeluarkan nanah dari liang kulit muka.

2. Jerawat Serius Atau Acne Vulgaris

nodule atau jerawat batu

Nodul -Lebih dikenali sebagai jerawat batu dalam masyarakat kita. Jerawat ini sakit bila disentuh. Kelihatan berbonjol dan bersaiz lebih besar dari jerawat biasa. Lazimnya, akan meninggalkan parut dimuka dan berulang-ulang di kawasan yang sama.

sista atau cyst

Sista – Sista atau cyst ini terjadi akibat kombinasi jerawat-jerawat nodul yang bercantum antara satu sama lain sehingga membentuk sista yang besar. Jangan sesekali memicit jerawat ini kerana ianya akan menjadikannya lebih merebak dan meninggalkan parut yang tak diingini.

3. Jerawat Kronik Atau Acne Rosacea

apa itu rosacea

– Masalah kulit muka ini sering disalahtafsir sebagai sejenis jerawat. Sebenarnya ia bukan jerawat dan sudah tentu rawatannya juga berbeza. Acne Rosacea ini wujud sebagai bonjolan bernanah berwarna merah dan tak mempunyai bintik hitam. Seolah-olah sama dgn acne vulgaris. Jika dibiarkan tanpa rawatan, anda berisiko menghadapi bengkak hidung. Disarankan untuk anda berjumpa pakar kulit untuk masalah ini. Lazimnya menyerang wanita berumur 30 tahun dan ke atas.

4. Jerawat Kronik Lain (Severe Acne)

Acne Conblongata

acne-vulgaris

– Tahap yang paling teruk bagi Acne Vulgaris. Biasanya menyerang lelaki. Meninggalkan kesan parut kekal dan menyerang kawasan muka, dada, belakang badan, atas tangan, punggung dan peha. Lazimnya menyerang belia berusia 10 tahun ke 30 tahun.

Pyoderma Faciale (Rosacea Fulminans)

rosacea-fulminans

– Hanya dihadapi oleh wanita berusia dalam lingkungan usia 20 ke 40 tahun. Simptom yang dihadapi adalah seperti jerawat batu (nodules) besar yang sakit, luka-luka. Menyerang secara mendadak dan berpotensi menyerang mereka yang tak pernah menghadapi masalah jerawat. Ianya akan berlarutan untuk beberapa tempoh tertentu dan akhirnya akan sembuh.

Kalau nak tahu, elok lepas amalkan Vitamin C, dan ESP, kulot wajah Erine memang jarang naik jerawat. Cuma ada time-time dia nak jugaklah naik. Especially time pregnant, nak period and bila Erine start kekurangan air or tak minum air yang cukup. Lepas tu, jerawat yang naik bukan calang-calang jerawat okay. Yang naik tu, jenis jerawat batu kat dagu, sekali naik bertubi-tubi plak tu. Sabau jela..

Untuk hilangkan jerawat ni plak, Erine belasah aje mana-mana tips yang terlintas dan pernah dengar.

TIPS HILANG JERAWAT

FYI, ini cuma tips peribadi Erine ajalah, bila jerawat datang.

  1. JANGAN SESEKALI GATAL TANGAN nak sentuh jerawat tu ye. Terutama jerawat yang baru. Sesetengah orang tangan jenis gatal asyik sangat nak kopek jerawat walaupun jerawat belum matang. PAntang Erine adalah jangan usik. Biar aje, bila sampai masa, baru picit nanah yang timbul kalau ada. macam kes Erine, jerawat akan naik bila white head taknak keluar, bila dh bernanah dan masak jerawat, baru picit. Sekali tu aja picit, dan jangan sentuh balik. Once white head dah keluar dengan nanah, esok tu elok dah la.
  2. KERAP cuci jerawat dengan pencuci muka anti acne. kalau Erine, Erine akan suggest ST.IVES punya scrub bagi mereka yang ada masalah teruk. ataupun dapatkan skincare yang ada kandungan salysilic Acid 2%.
  3. TEKAP DENGAN AIS. kekadang bila jerawat ni naik, kulit akan menjadi radang dan panas, so merah-merah atau bengkak tu memang akan ada. What to do is, tekap je dengan ais supaya dia sejuk sikit dan hilang merahnya. Nak lagi best, boleh buat ais tomato dan tekap kat seluruh wajah.
  4. Pakai masker VITAMIN C/ E atau PROTEIN. or you guys actually boleh detox dengan Masker ALFAFA tau. untuk pengetahuan anda, masker-masker ni boleh buat dengan VITAMIN Shaklee aje, xperlu spend ratus-ratus untuk serum Vitamin C lah apa lah. Kalau korang ada SET RADIANT shaklee tu je pun dah cukup nak hilangkan jerawat.
  5. PERGI BUAT FACIAL. ini paling tak renyah sebenarnya, tetapi memerlukan kaching $$$. heheh lebih mudah untuk kita tadahkan muka kepada yang pakar sebenarnya. sebab diaorang ada teknik dan equipment yang betul untuk buang jerawat, whitehead blackhead semua tu tanpa mengakibatkan radang yang akhirnya boleh melukakan kulit dan sebabkan lebih banyak jerawat naik.

okay so far, ini sahaja tips perkongsian peribadi Erine untuk hilangkan jerawat. Tapi sebenarnya banyak lagi cara yang best. bukan sahaja hilangkan jerawat. Tapi tak naik terus tau. Kalau korang nak tau petua-petua ni, nnt Erine Share next Entry. and kalau korang ada nak share tips hilang jerawat korang. share aje kat ruangan komen ni. Mana tau Erine boleh guna juga.

Selain itu, korang juga boleh dapatkan Set Radiant atau set kecantikan Shaklee dari Erine juga. Paling best, nanti Erine akan share macam mana nak buat masker Vitamin E/ C dan serum tu semua. Tapi kena beli dululah tau..

Ubat Kencing Manis

Ramai penghidap diabetes tidak mengambil ubat kencing manis dengan betul. Jika arahan agar makan dua tablet, tetapi dia hanya mengambil satu sahaja tanpa memaklumkan doktornya.

Ada pesakit yang menggunakan insulin, tidak mengetahui cara menyuntik insulin dan tempat suntikan. Hasilnya insulin yang disuntik tidak dapat bertindak balas sepenuhnya.

Ada juga pesakit yang tidakyakin dengan ubat klinik kerajaan dan sanggup membeli di farmasi swasta. Dengan cara ini, dia bukan sahaja sanggup berbelanja lebih tetapi kesihatan dia tidak dapat dipantau oleh pihak hospital. Apabila wujud komplikasi, barulah pergi ke hospital dan ketika ini sudah terlambat. Diabetes menyerang tanpa mengenal batasan.

Ada juga pesakit yang sanggup membeli makanan tambahan beratus-ratus ringgit sebulan kerana tidak mahu makan ubat hospital. Akhirnya, dia tertewas juga kerana dia tidak menjaga makan dan sukatan serta tidak aktif bersenam.

Oleh itu, pesakit diabetes hendaklah peka kepada jenis ubat, bila perlu diambil, bagaimana dan di mana perlu menyimpan ubat-ubatan itu agar selamat dimakan atau disuntik. Ikutlah arahan doktor.

Jangan sesekali mengamalkan sebarang jenis supplement dan mengabaikan terus ubat yang diwajib kan oleh doktor.

NAMUN……

AMARAN!

Kesan Pengambilan Ubat Hospital Berterusan.

Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana terlalu kuat bekerja sepanjang masa. Bukan saja dalam penapisan glukosa yang banyak, malah bekerja keras untuk menyingkirkan sisa-siasa bahan kimia daripada ubat-ubatan hospital yang diambil

Jadi, entry ini, Erine nak share supplement yang anda boleh amalkan bersama ubat-ubatan sebagai ikhtiar untuk merawat diabetes.

Supplement Yang Sesuai Untuk Pesakit Kencing Manis Mengawal Masalah Paras Gula Yang Tinggi Di Dalam Darah

1) Vivix

Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix memberi banyak manfaat kepada pesakit kencing manis. Terdapat kajian yang menunjukkan apabila resveratrol diambil bersama ubat kencing manis sedia ada, kawalan gula di dalam darah adalah lebih baik. Dengan kata lain, Vivix dapat membantu menurunkan paras gula di dalam pesakit kencing manis. Kajian juga menunjukkan resveratrol ini dapat menurunkan paras kolesterol di dalam darah.

 

vivix shaklee

Vivix Shaklee

2) Energyzing Soy Protein (ESP)

Berbanding susu lain yang terdapat di pasaran. ESP mengandungi rendah karbohidarat dan gula. Dalam setiap hidangan ESP, kandungan karbohidratnya adalah 10 gram manakala kandungan gula adalah 9 gram. ESP juga merupakan kumpulan minuman yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Indeks Glisemik ESP adalah 39 sahaja. Indeks Glisemik menggambarkan kadar kecepatan gula dalam darah meningkat apabila kita makan sesuatu makanan. Indeks glisemik ESP adalah rendah menjadikan ianya sesuai untuk pesakit kencing manis.

Klasifikasi

Bacaan Indeks Glisemik

Contoh  makanan

Indeks Glisemik Rendah

Kurang dari 55

Bijirin (barli, oat,millet)Kekacang (walnut, soya, badamSayur-sayuran, Buah-buahan
Indeks Glisemik Sederhana

Antara 56-69

Prune, Roti pita, Beras basmati
Indeks Glisemik Tinggi

Lebih dari 70

Roti putih, nasi putih, glukos, kentang

Kandungan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee

Kandungan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee

Selain itu, kandungan protein di dalam ESP membantu pembinaan sel-sel baru yang rosak akibat penyakit kencing manis.Sel-sel yang rosak akan menyebabkan berlakunya pelbagai komplikasi kepada pesakit kencing manis.

Berbanding susu Ome**, kandungan karbohidratnya lebih tinggi daripada ESP iaitu 17.7 gram dalam setiap hidangan. Manakala kandungan gulanya untuk setiap hidangan adalah 13.2 gram. Kandungan karbohidrat dan gulanya sangat tinggi. Menjadikan ianya kurang sesuai untuk pesakit kencing manis. Kalau nak minum juga susu ni kurangkan kuantitinya dan campurkan juga dengan oat semasa bancuh.

Kandungan Susu Omeg*

Kandungan Susu Ome**

Adalah penting untuk pesakit kencing manis melihat kandungan karbohidrat dan gula pada label makanan atau minuman kerana ianya akan mempengaruhi kandungan gula di dalam darah.

3) Vitalea

Vitalea adalah multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral di dalamnya. Vitalea membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan tubuh pesakit kencing manis. Kalau anda atau ibu bapa anda sering letih dan lesu, saya sangat-sangat menyarankan anda mengambil Vitalea bersama Vitamin B Complex Shaklee

Vitalea Shaklee

Vitalea Shaklee

4) Vitamin B Complex

Antara masalah lain yang paling biasa dialami oleh pesakit kencing manis adalah masalah kebas pada jari, tangan dan kaki. Kebas-kebas ini adalah antara komplikasi yang boleh dialami oleh pesakit kencing manis. Bagi mengatasi masalah ini supplement yang paling sesuai diambil adalah vitamin B Complex. Vitamin B Complex Shaklee mengandungi Vitamin B1, B2, B3, B6 dan B12 di samping vitamin yang lain iaitu folic acid, biotin dan d-Calcium Pantothenate. Vitamin B Complex ini membantu menagani masalah kebas-kebas yang dialami oleh pesakit kencing manis.

Vitamin B Complex Shaklee

Vitamin B Complex Shaklee

5) Omega Guard

Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak omega 3 yang mempunyai banyak manfaat kepada pesakit kencing manis. Kajian menunjukkan omega 3 dapat meningkatkan metabolisme karbohidrat dan lemak. Keadaan ini penting bagi pesakit kencing manis supaya paras gula dan kolesterol mereka berada pada tahap terkawal. Selain itu, omega dapat mengurangkan risiko pesakit kencing manis mendapat masalah jantung.

OmegaGuard Shaklee

  1. Omega Guard Shaklee

Banyak kan supplement yang sesuai untuk pesakit kencing manis. Jangan risau tau. Anda tidak semestinya memerlukan kesemua supplement ini. Pemilihan supplement yang betul adalah penting untuk memastikan anda mendapat manfaat yang terbaik. Oleh itu, konsultasi tentang supplement yang sesuai sangat penting sekiranya anda mempunyai penyakit kencing manis.

Anda boleh membeli produk-produk ini dengan mana-mana agen/pengedar Shaklee di Malaysia ini. Namun begitu saya tidak menjamin anda mendapat konsultasi yang terbaik daripada pengedar-pengedar lain kerana kencing manis adalah penyakit yang complicated.

Harus diingat. Semua supplement ini bukanlah untuk mengganti rawatan kencing manis sedia ada. Pesakit perlu meneruskan rawatan seperti biasa untuk mengawal penyakit kencing manis tersebut. Pesakit juga harus terus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang.

Pengambilan supplement bukanlah bermakna pesakit kencing manis boleh makan apa sahaja tanpa kawalan dan tidak lagi mengambil ubat kencing manis dalam rawatan sedia ada. Supplement membantu meningkatkan tahap kesihatan penyakit kencing manis. Selain itu, supplement juga bertindak sebagai pilihan tambahan untuk mengawal penyakit kencing manis.

Sekiranya anda berminat untuk mmengetahui dengan lebih lanjut berkenaan supplement untuk pesakit kencing manis, anda boleh menghubungi saya dengan mana-mana cara di bawah.

Cara Mencegah Kencing Manis

sebelum ni Erine ada share a few entry tentang Petua Tradisional Kencing Manis kan, so kali ini nak share pula cara-caramencegah Kencing Manis atau Diabetes. Sedia maklum bahawa penyakit kencing manis ini merupakan antara penyakit yang mempunyai rekod tertinggi di asia tau. Sebelum tu, jom kita tengok golongan yang berisiki tinggi untuk menghidap penyakit ini.

  Terdapat beberapa golongan yang berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit diabetes atau kencing manis ini.

Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-
  • Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
  • Mereka yang berat badan agak tinggi
  • Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
  • Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.
  • Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.

sekiranya anda tergolomg dalam kategori-kategori seperti di atas, please take control of your life,  tak semestinya bila kita mempunyai semua kategori di atas, kita kena berserah tunggu penyakit tu datang. NO! BUKAN! sebab diabetes ni masih boleh dicegah. Jadi, cegahlah selagi boleh.

Cara Mencegah Kencing Manis

  • Perubahan cara hidup
Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance – IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose – IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan permakanan yang betul.
Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu: –
  • Pemakanan
Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.
  • Senaman
Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% – 60%.
  • Penjagaan Berat Badan
Telah dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.
  • Pemeriksaan Diri Sendiri
Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan.  Selain dari itu, pemeriksaan oleh doctor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.
  • Pemeriksaan oleh Doktor Secara Tahunan atau secara berkala
Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% – 85%.
  • Pengambilan SUPPLEMENt
Selain dari penjagaan makanan dan cara hidup, kita juga boleh mengamalkan supplement VIVIX supaya setiap sel dalam badan sentiasa berada dalam keadaan tiptop.

Fungsi Vivix untuk Kencing Manis

Vivix adalah botanikal supplemen yang tinggi anti oksida sebabnya vivix kaya resveratrol. Resveratrol ni tumbuhan polyphenol yang memang kaya anti oksida. Menurut kajian resveratrol menurunkan rintangan terhadap insulin.

Testimonial seorang pengidap kencing manis menyatakan bacaan darah yang bertahun-tahun sukar nak turun walaupun dengan pengambilan ubat kencing manis, berjaya turun ke paras normal selepas amalkan sebotol vivix. Malah ada yang hampir nak dipotong kaki tapi tak jadi sebab masih boleh diselamatkan selepas amalkan sebotol vivix.

okay sampai sini sahaja dulu ye, kalau anda nak dapatkan senarai supplement lengkap wajib untuk melawan Kencing Manis dan diabetes. Click sahaja link-link di bawah ini untuk berhubung dengan saya 🙂